Terbuka China: Hoon dan Tan mara ke akhir

Bernama
November 16, 2013 14:56 MYT
Beregu lelaki negara Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong mara ke perlawanan akhir Terbuka China di Shanghai hari ini.
Gandingan tersebut mengetepikan cabaran beregu tuan rumah Cai Yun/Chai Biao 23-21, 21-17.
Hoon dan Tan dijadualkan bertemu beregu Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan esok.
Terdahulu, pemain perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng tumpas di tangan pemain tuan rumah Chen Long 18-21, 7-21.
#badminton #China Open