Terbuka China: Goh Soon Huat-Shevon Lai singkir pilihan ketiga untuk ke separuh akhir

Astro Arena
September 20, 2024 16:00 MYT
Goh Soon Huat-Shevon Lai menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin untuk mara ke separuh akhir Terbuka China. - Foto Stadium Astro
BEREGU profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dalam aksi straight set 23-21,21-16, Terbuka China di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata hingga terikat 21-21, namun kelebihan memihak kepada wakil negara yang beraksi dengan lebih kemas untuk menang 23-21.

RESULTS: #ChinaOpen2024

QF#MAS Goh Soon Huat-Shevon Lai def. #CHN Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin(3) 23-21 21-16 33m @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/WKlu528UXQ

— BAM (@BA_Malaysia) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Momentum itu diteruskan pasangan suami isteri dalam set kedua dengan percaturan wakil tuan rumah yang serba tidak menjadi memudahkan Soon Huat-Shevon mengambil kesempatan untuk menang 21-16 dalam tempoh 34 minit perlawanan.
Satu lagi wakil dari China, Cheng Xing-Zhang Chi, yang berada di kedudukan ke-22 dunia bakal menjadi lawan wakil negara dalam aksi separuh akhir esok. -- Stadium Astro
#goh soon huat #shevon lai #beregu campuran #mara ke separuh akhir #Badminton Terbuka China
;