Terbuka Australia: Wozniacki mara ke suku akhir
Astro Arena
Januari 21, 2018 15:13 MYT
Januari 21, 2018 15:13 MYT
CAROLINE Wozniacki melangkah ke suku akhir Terbuka Australia buat kali pertama sejak 2012 selepas melakar kemenangan straight-sets ke atas Magdalena Rybarikova dalam pusingan keempat di Melbourne, sebentar tadi.
Pemain pilihan kedua itu, yang menyelamatkan dua mata kemenangan dalam pusingan kedua, agak selesa dalam aksi di Arena Rod Laver itu.
Wozniacki cemerlang untuk mengatasi pilihan ke-19, Rybarikova, dengan kemenangan 6-3, 6-0 dalam masa hanya 63 minit.
Keputusan tersebut membawa bintang Denmark itu ke suku akhir ke-10 dan ketiga di Melbourne.
Menantinya dalam peringkat lapan terakhir ialah Carla Suarez Navarro, yang berjaya melepasi halangan Anett Kontaveit dalam pertembungan pusingan keempat mereka.
Wozniacki ketinggalan di belakang Rybarikova pada awal aksi ketika pemain Slovakia itu cuba menyukarkan lawannya dengan pukulan kilas.
Tetapi selepas Wozniacki -- yang membuat pukulan celah kangkang tetapi kehilangan mata -- memenangi game keempat, melepasi set pertama dan membuat permulaan baik untuk set kedua.
Rybarikova tidak dapat mengimbangi perlawanan untuk membenarkan Wozniacki melangkah ke peringkat suku akhir.