Terbuka Australia: Williams sahkan tidak ambil bahagian

Astro Arena
Disember 9, 2021 10:27 MYT
Aksi Serena Williams ketika membalas hantaran Danielle Collins ketika satu acara menjelang Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 5 Feb, 2021. (Foto AP)
SERENA Williams telah menarik diri daripada Terbuka Australia kerana dia belum bersedia untuk kembali daripada kecederaan.
Williams tidak bermain sejak mengalami kecederaan hamstring ketika saingan Wimbledon Jun lalu.
Pemain berusia 40 tahun itu menyatakan bulan lalu bahawa dia semakin pulih dan memiliki perancangan untuk bersaing dalam grand slam pertama 2022 di Melbourne Park.
Williams tidak akan pergi mencari gelaran utama ke-24 bulan depan setelah mendedahkan dirinya tidak cukup cergas untuk mengambil bahagian.
Dia berkata dalam satu kenyataan: "Mengikut nasihat pasukan perubatan saya, saya telah memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka Australia tahun ini. Walaupun ini bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat, saya tidak berada di tahap yang saya perlukan untuk bersaing secara fizikal.
"Melbourne adalah salah satu bandar kegemaran saya untuk lawati dan saya tidak sabar untuk bermain di AO setiap tahun. Saya akan rindu melihat peminat tetapi teruja untuk kembali dan bersaing di peringkat terbaik saya."
Kejayaan grand slam terakhir legenda Amerika itu hadir di Terbuka Australia pada 2017.
Walaupun Williams tidak akan bertanding, pemain nombor satu dunia, Ash Barty, akan mengambil bahagian, begitu juga juara Terbuka AS, Emma Raducanu, dan pemenang grand slam empat kali, Naomi Osaka.

All our love, @serenawilliams Come back stronger #AusOpen pic.twitter.com/HrrG1FFILF

— #AusOpen (@AustralianOpen) December 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Serena Williams tarik diri #Terbuka Australia #kecederaan hamstring
;