Terbuka Australia: Sharapova, Williams inspirasi Kenin

Astro Arena
Februari 2, 2020 11:53 MYT
Sofia Kenin menunjukkan Piala Memorial Daphne Akhurst ketika sesi penggambaran berhampiran Sungai Yarra susulan kemenangannya menewaskan Garbine Muguruza dari Sepanyol pada Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 2 Feb, 2020. (Foto AP)
PEMAIN kelahiran Russia-Amerika Syarikat, Sofia Kenin, mendedahkan Maria Sharapova dan Serena Williams adalah sumber inspirasinya di atas kejayaan sulung dalam Terbuka Australia.
Kenin, yang berhijrah ke AS sejak kecil, merangkul gelaran grand slam pertama semalam, bangkit untuk mengatasi Garbine Muguruza 4-6, 6-2, 6-2 dalam aksi final di Melbourne Park.
Pemain berusia 21 tahun itu mengatasi juara gelaran utama 23 kali, Williams, untuk menghuni tangga ketujuh dalam ranking dunia di atas kejayaanya, menjadi pemain nombor satu AS.
Kenin bakal menyertai idolanya dalam skuad AS untuk aksi kelayakan Piala Fed, turut menegaskan dia banyak belajar daripada pemenang grand slam lima kali, Sharapova.
"Saya turut berasakan [warisan dari Russia] membantu saya," kata Kenin.
BACA: Kenin tundukkan Muguruza, juarai Terbuka Australia
"Saya sentiasa memandang tinggi terhadap Maria Sharapova dan Anna Kournikova. Saya mengikuti perkembangan mereka sejak kecil lagi.
"Dia memenangi grand slam ketika berusia 17 tahun, saya masih mengingatinya kerana menyaksikan perlawanan itu di televisyen.
"Saya berasakan sebahagian Russia dalam diri saya, membantu saya untuk berjuang dan memberikan keyakinan untuk melakukan yang terbaik.
"Dan terima kasih kepada ibu bapa saya. [Menjadi pemain nombor satu AS] sangat menarik. Saya sangat gembira. Saya telah diberitahu jika menang, saya akan menjadi pemain nombor tujuh dunia.
"Ia amat membanggakan. Saya sangat gembira mewakili AS.
BACA: Terbuka Australia 2020: Kenin ketepikan Barty, tempah slot akhir bertemu Muruguza
Kenin merupakan juara ke-11 dalam 13 saingan grand slam sejak 2017, dan dia berharap untuk terus mencipta kejayaan dalam kejohanan akan datang.
"Saya mahukannya. Buat masa ini, saya masih tidak percaya apa yang telah berlaku.
"Saya berharap mahu meneruskan momentum ini dan cuba melakukan yang terbaik dalam saingan seterusnya."
#Grand Slam #Maria Sharapova #Serena Williams #Sofia Kenin #tenis #Terbuka Australia
;