Terbuka Australia: Sabalenka tundukkan Lesia

Astro Arena
Januari 19, 2024 13:57 MYT
Aksi Aryna Sabalenka (gambar) selepas menewaskan Lesia Tsurenko pada pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne, Australia, 19 Jan 2024. (Foto AP)
PEMAIN Belarus, Aryna Sabalenka mengetepikan isu politik apabila membelasah pemain Ukraine, Lesia Tsurenko dengan kemenangan mudah 6-0, 6-0 di pusingan ketiga Terbuka Australia, hari ini.
Kali terakhir Aryna dijadualkan bertemu Lesia adalah di Indian Wells pada tahun lalu, tetapi Lesia menarik diri akibat serangan panik ketika bercakap dengan pegawai kejohanan mengenai tenis susulan serangan Rusia ke atas Ukraine dan Belarus turut terbabit.
Akibat penaklukan itu, Aryna yang juga juara bertahan serta pilihan kedua kejohanan beraksi di Melbourne Park tanpa negara rasmi berikutan pemain Rusia dan Belarus dilarang bertanding oleh penganjur.
Perlawanan itu berat sebelah dalam situasi sunyi di Rod Laver Arena apabila Aryna mudah menewaskan pilihan ke-28 itu dalam masa 52 minit.
"Saya sangat gembira apabila Lesia kembali sihat dan berada pada tahap terbaik," kata Aryna mengenai lawan berusia 34 tahun itu.
"Tahun lalu, Iga banyak kali menang 6-0 dan antara sasaran utama saya adalah merapatkan jurang dengannya.
"Saya sangat gembira dengan tahap permainan setakat ini dan harap ia berterusan atau lebih baik,” kata Aryna.
#tenis #Aryna Sabalenka #Lesia Tsurenko #Terbuka Australia
;