Terbuka Australia: Novak Djokovic layak ke suku akhir

Astro Awani
Februari 14, 2021 07:27 MYT
Novak Djokovic ketika beraksi dalam pertemuan dengan Milos Raonic pada pusingan keempat kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 14 Feb, 2021.(Foto AP)
JUARA lapan kali Novak Djokovic terpaksa bergelut dengan kecederaan sebelum berjaya mara ke pusingan suku akhir dalam kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne.
Pemain dari Serbia itu menang ke atas Milos Raonic dari Kanada dengan 7-6 (7/4), 4-6, 6-1, dan 6-4 dalam perlawanan pada Ahad.
Pemain nombor satu dunia itu, sebelum ini dilapor mengalami kecederaan di perut ketika aksi menentang Taylor Fritz (Amerika Syarikat), Jumaat lalu.
Namun, dia tidak menolak kemungkinan untuk bersara, jika ini bukan aksi Grand Slam.
Juara bertahan itu akan bertemu Alexander Zverez (Jerman) dalam aksi suku akhir.
#Grand Slam #Australia #Melbourne #Novak Djokovic #tenis #Terbuka Australia #cedera #Milos Raonic
;