Terbuka Australia: Gavrilova gagal atasi kepincangan Barty
Astro Arena
Februari 11, 2021 13:39 MYT
Februari 11, 2021 13:39 MYT
ASH Barty masih mampu mengatasi Daria Gavrilova dengan straight set dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia di sebalik beberapa kebimbangan mengenai kecederaan paha kirinya.
Barty melepaskan hanya 10 mata dalam kemenangan pusingan pertama ketika menentang Danka Kovinic sebelum pemain nombor satu dunia itu melepasi Gavrilova rintangan 6-1, 7-6, (9-7) di Rod Laver Arena, sebentar tadi.
Begitupun, dia dipaksa bekerja keras sebelum mengukir kemenangan keempatnya dalam lima pertemuan ke atas rakan senegaranya dari Australia itu.
Dia akan berdepan sama ada Barbora Krejcikova atau Ekaterina Alexandrova dalam pusingan ketiga, di mana dia mara ke peringkat acara grand slam di Melbourne Park itu untuk tahun kelima berturut-turut.
Barty bermula dengan langkah kiri dalam gama pertama apabila melakukan tiga kesilapan tetapi Gavrilova gagal mengambil kesempatan dan ia terbukti terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Kesilapan berganda dari Gavrilova memastikan Barty mendahului 3-1 dan juara Terbuka Perancis 2019 itu pendahuluan itu sepanjang 27 minit.
Bagaimanapun, tiga kegagalan servis berturut-turut menjejaskan rentak Barty dalam set kedua, namun dia kembali segera memperkemaskan permainannya untuk mendahului 5-2.
Tempo permainan mula berubah sejak itu yang menyaksikan Gavrilova mengungguli empat game.
Namun, dua pukulan yang terkandas di jaring menyaksikannya mensia-siakan dua mata akhir dalam tie break sebelum Barty memuktamadkan kemenangannya.