Terbuka Australia: Federer terus hidupkan peluang buru kejayaan ke-20
Astro Arena
Januari 20, 2018 21:10 MYT
Januari 20, 2018 21:10 MYT
ROGER Federer berada di tahap terbaiknya apabila dia mengalahkan Richard Gasquet 6-2, 7-5, 6-4 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia, hari ini.
Juara bertahan, Federer, yang memburu kejayaan Grand Slam ke-20 di Melbourne, menghasilkan prestasi hebat terhadap pilihan ke-29 berkenaan yang belum pernah melangkah ke separuh akhir kejohanan itu.
Federer yang mengetepikan Aljaz Bedene dan Jan Lennard-Struff tanpa kehilangan set sekali lagi dalam prestasi terbaik ketika menghadapi lawan yang kini sudah dikalahkan sebanyak 17 kali dan belum tewas sejak 2011.
Pemain berusia 36 tahun itu bakal menghadapi Marton Fucsovics buat kali ke-16.
Pertarungan mereka bermula dengan pantas yang menyaksikan Federer memperoleh manfaat atas inisiatif itu. Kesilapan mudah disusuli servis kedua yang lemah daripada Gasquet membolehkan pemain Switzerland itu untuk unggul dalam set pertama.
Begitupun, aksi set kedua berlangsung lebih sengit dengan beberapa pukulan teknikal ditonjolkan Gasquet, namun masih belum memadai untuk mengatasi lawannya.
Gasquet berdepan dengan beberapa gerakan klasik daripada Federer dan selepas beberapa asakan dan pukulan panjang, pemain Switzerland itu mendahului dengan dua set.
Gasquet cuba mengambil kesempatan ke atas beberapa kelemahan servis lawannya, namun Federer segera memperkemaskan rentaknya semula untuk memadamkan sisa kebangkitan lawannya.
Sementara itu, Maria Sharapova positif biarpun mudah disingkirkan Angelique Kerber 6-1, 6-3.
"Terdapat beberapa perkara yang perlu saya perbaiki dan terus tingkatkan.
"Namun, secara keseluruhannya bagi permulaan tahun ini, perkara utamanya adalah saya dalam keadaan sihat," kata pemain Russia itu.
#Grand Slam
#Maria Sharapova
#Marton Fucsovics
#Melbourne
#Richard Gasquet
#Roger Federer
#Separuh Akhir
#tennis
#Terbuka Australia