Terbuka Australia BWF: Smash Lee Zii Jia paling laju, kerap pecah rekod
Astro Arena
Jun 20, 2024 13:30 MYT
Jun 20, 2024 13:30 MYT
PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia, menamatkan cabaran Terbuka Australia selaku juara apabila mengatasi lawan dari Jepun, Kodai Naraoka di Sydney, minggu lalu.
Selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia ternyata mahu memastikan pertemuan keenam antara kedua-dua mereka memihak dirinya.
Di sebalik pencapaian membanggakan itu, atlet kelahiran Alor Setar itu turut meninggalkan kesan jitu apabila pukulan kencangnya menghuni tangga pertama kejohanan merekodkan kelajuan tertinggi 452.3km sejam menewaskan wakil dari Taiwan, Lin Chun-Yi.
Sebelum ini, atlet berusia 26 tahun itu juga mencatatkan pukulan terkuat ketika Masters Malaysia dengan mendominasi carta sebanyak lima kelajuan berbeza selain berada di tangga ketiga Terbuka Indonesia di belakang rakan senegara, Leong Jun Hao. - Stadium Astro