Terbaik anak muda! - PM ucap tahniah kepada Faisal Halim

Astro Arena
Februari 26, 2024 07:10 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim, atas kejayaan dinobat sebagai penjaring terbaik Piala Asia Qatar.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim, atas kejayaan dinobat sebagai penjaring terbaik Piala Asia Qatar.

Steady @faisalhalim_7 ! Terbaik anak muda! https://t.co/u0t6IaKvY1

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang negara, Faisal Halim, mencipta sejarah apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar bulan lalu.
Jaringan menarik yang dilakukan pemain bertubuh cilik berkenaan menggemparkan dunia bola sepak, di mana dia memperdayakan pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae, sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan untuk Malaysia mengikat Korea Selatan 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan -- perlawanan berkesudahan 3-3
Menerusi X, Perdana Menteri mengucapkan tahniah buat pemain Selangor FC itu selepas dinobat sebagai pemenang.
Sementara itu, Faisal dalam reaksinya pula menyatakan kesyukurannya kerana Perdana Menteri menitipkan ucapan kepadanya atas kejayaan yang diraih.
Faisal turut memohon Anwar mendoakan keayaan dia dan pasukan Harimau Malaya di pentas kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. - Stadium Astro

Alhamdullilah Terima kasih Atas Ucapan Ini @anwaribrahim YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.Doakan kejayaan Saya Dan Pasukan harimau melaya di pentas kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027

— Faisal Halim (@faisalhalim_7) February 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PM Anwar Ibrahim #Faisal Halim #penjaring terbaik #Piala Asia Qatar
;