Tenis Terbuka Stuttgart: Perjalanan Halep terhenti dalam separuh akhir

Astro Arena
April 25, 2021 10:37 MYT
Reaksi Aryna Sabalenka selepas mengalahkan Simona Halep di Stuttgart, Jerman, 24 April, 2021. (Foto AP)
ASH Barty bakal bertemu Aryna Sabalenka dalam final Terbuka Stuttgart selepas perjalanan Simona Halep memenangi kejohanan itu terhenti buat pertama kali.
Pemain ketiga dunia, Halep, menang straight-set ke atas Ekaterina Alexandrova dan Marketa Vondrousova dalam perjalanan ke separuh akhir, tetapi bertemu lawan yang setaraf dengannya dari Belarus, Sabalenka, yang menang 6-3, 6-2.
Juara perseorangan sembilan kali, Sabalenka, mara ke final buat kali ke-14 sepanjang karier tanpa kehilangan sebarang set, berjaya mengekang pergerakan Halep dengan cemerlang.

Tomorrow is a new day pic.twitter.com/zwNTj9FORE

— Simona Halep (@Simona_Halep) April 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Terbuka Stuttgart: Halep mulakan aksi dengan bergaya
Halangan terakhir buat Sabalenka dan gelaran perseorangan ke-10 adalah pemain nombor satu dunia, Barty, yang bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Elina Svitolina 4-6, 7-6 (7-5), 6-2.
#tenis #Ash Barty #Aryna Sabalenka #Terbuka Stuttgart #Simona Halep
;