Tenis Terbuka AS: Jabeur mara ke final Grand Slam buat kali kedua berturut-turut

Astro Arena
September 9, 2022 11:40 MYT
Jabeur akan cuba meraih kejuaraan utama yang pertama esok apabila dia bertemu pemenang separuh akhir antara wakil nombor satu dunia, Iga Swiatek dari Poland dan Aryna Sabalenka dari Belarus. - Stadium Astro
ONS JABEUR mara ke perlawanan gelaran Grand Slam buat kali kedua berturut-turut tanpa menampilkan permainan terbaik, mengambil peluang tersebut atas persembahan yang goyah daripada Caroline Garcia untuk memenang aksi separuh akhir Terbuka AS, 6-1, 6-3.
Pilihan kelima, Ons Jabeur, naib juara Wimbledon Julai lalu dan kini menjadi wakil Afrika pertama beraksi di final Terbuka AS di era profesional yang bermula sejak 1968.
“Selepas Wimbledon, (terdapat) banyak tekanan terhadap saya,” kata Jabeur. “Dan saya benar-benar lega kerana saya membuktikan kemampuan saya sekali lagi.”
Jabeur akan cuba meraih kejuaraan utama yang pertama esok apabila dia bertemu pemenang separuh akhir antara wakil nombor satu dunia, Iga Swiatek dari Poland dan Aryna Sabalenka dari Belarus.
Tiada seorang pun daripada empat pemain terakhir edisi kali ini pernah mara ke final di New York. -- Stadium Astro
#Tenis Terbuka AS #Ons Jabeur #ke final #Grand Slam
;