Tenis Terbuka Australia: Serena pamer aksi cemerlang, selesa ke pusingan ketiga
Agensi
Februari 10, 2021 16:24 MYT
Februari 10, 2021 16:24 MYT
MELBOURNE: Jaguh tenis dunia, Serena Williams berjaya mengetepikan bintang Serbia, Nina Stojanovic pada pusingan kedua kejohanan Tenis Terbuka Australia untuk kemenangan 6-3, 6-0 di Melbourne Park sebentar tadi.
Selepas menguasai set pertama, Serena terus mendominasi perlawanan sehingga set kedua dan akhirnya meraih kemenangan menerusi ace keenam untuk melangkah selesa ke pusingan ketiga selepas berlangsung selama 69 minit.
Ini merupakan kemunculan ke-19 Serena dalam kejohanan ini.
“Dia (Stojanovic) bermain dengan baik sepanjang perlawanan, saya tidak terlalu banyak berfikir pada set kedua berbanding set pertama,” kata Serena dalam reaksi kemenangannya.
Meskipun berdepan dengan kecederaan bahu dan pangkal kaki sebelum ini, namun Serena tidak menjadikan kecederaannya sebagai alasan untuk menampilkan prestasi buruk di gelanggang.
Dalam misi memburu gelaran juara Terbuka Australia, Serena sebelum ini menewaskan Laura Siegemud 6-1, 6-1 dan bakal bertemu dengan Anastasia Potapova dari Rusia pada pusingan ketiga.
#Serena Williams
#Australia
#Melbourne
#Terbuka Australia
#Australian Open
#tenis
#Melbourne Park
#Nina Stojanovic