Tenis Terbuka Australia dijalankan seperti biasa
Astro Arena
Februari 14, 2021 11:28 MYT
Februari 14, 2021 11:28 MYT
PENGARAH Kejohanan Tenis Terbuka Australia, Craig Tiley, berkata Grand Slam itu akan diteruskan seperti biasa selepas wakil Greece, Michail Pervolarakis, diuji positif COVID-19.
Terbuka Australia sebelum ini telah ditangguh dan telah dipertandingkan tanpa kehadiran penonton di Melbourne selama lima hari.
Ketika Victoria masih lagi di bawah perintah berkurung hingga Rabu, Pervolarakis mendedahkan menerusi media sosial bahawa dia telah diuji positif COVID-19.
Pervolarakis tidak beraksi dalam Terbuka Australia tetapi bergandingan bersama pilihan kelima, Stefanos Tsitsipas dalam saingan Piala ATP di Melbourne Park.
"Saingan Terbuka Australia akan diteruskan seperti biasa," kata Tiley.
"Jelas siapa sahaja yang melihat apa-apa gejala yang berkaitan dengan COVID diminta untuk segera mengasingkan dan melakukan ujian bagi mengelak daripada penularan wabak itu."
#Grand Slam
#Tenis Terbuka Australia
#Craig Tiley
#Melbourne
#Australia
#COVID-19
#perintah berkurung
#Victoria
#Serena Williams
#Novak Djokovic
#Michail Pervolarakis