Tenis Terbuka Australia 2021: Naomi Osaka mara ke separuh akhir
Syafik Shukri Jalil
Februari 16, 2021 11:17 MYT
Februari 16, 2021 11:17 MYT
KUALA LUMPUR: Menepati ramalan, pemain nombor tiga dunia, Naomi Osaka berjaya mara ke pusingan separuh akhir tenis Terbuka Australia 2021.
Jaguh kelahiran Jepun berusia 23 tahun itu menang mudah ke atas Hsieh Su-wei 6-2 dan 6-2 dalam aksi suku akhir di Rod Laver Arena, Melboune sebentar tadi.
Pada pusingan separuh akhir nanti, Osaka bakal bertemu sama ada Serena Williams atau Simona Halep yang akan beraksi sekitar jam 4.00 petang ini.
Terdahulu jaguh Taiwan, Hsieh memberikan aksi dan persembahan mantap selepas sebelum ini berjaya menundukkan beberapa bintang utama seperti Bianca Andreescu yang juga pemain nombor lapan dunia di pusingan kedua dengan 6-3 dan 6-2.
Malah pada pusingan keempat, Hsieh juga mencipta kejutan apabila berjaya menjinakkan Marketa Vondrousova dari Republik Czech dengan 6-4 dan 6-2.
Vondrousova sebelum itu juga dillihat berjaya menampilkan aksi konsisten sepanjang kejohanan berlangsung.
Sementara kemaraan Osaka juga dilihat sebagai pilihan utama kejohanan selepas berjaya merangkul trofi kejuaraan sama pada 2019 selepas menewaskan Petra Kvitova di aksi akhir.
Osaka kini dalam misi memburu trofi Grand Slam peribadinya yang keempat.
#Terbuka Australia
#naomi osaka
#Hsieh Su-wei
#Separuh Akhir
#Rod Laver Arena
#Serena Williams
#Simona Halep
#Grand Slam