Tenis: Kecederaan ranapkan impian Carlos Alcaraz untuk terus beraksi musim ini

Bernama
November 6, 2022 12:34 MYT
Alcaraz merangkul juara perseorangan lelaki Terbuka AS 2022 sekali gus memenangi kejuaraan Grand Slam sulungnya. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Pemain tenis rangking utama dunia, Carlos Alcaraz terlepas peluang untuk beraksi pada baki kejohanan tahun ini akibat kecederaan otot perut, lapor Agensi Anadolu.
"Selepas saya menarik diri semalam dan dinilai oleh pasukan perubatan saya, @drlopezmartinez dan@JuanjoMoreno M, malangnya otot dalaman di dinding perut kiri koyak dan mengambil masa enam minggu untuk pulih," ciapnya Alcaraz di Twitternya pada Sabtu.
Berikutan kecederaan itu Alcaraz, 19, terpaksa menarik diri daripada Pusingan Akhir ATP dan Pusingan Akhir Piala Davis.
"Sukar dan menyakitkan untuk terlepas dua acara yang sangat penting bagi saya, namun saya perlu positif dan fokus pada pemulihan saya," katanya.
Pemain cemerlang Sepanyol ini merangkul juara perseorangan lelaki Terbuka AS 2022 sekali gus memenangi kejuaraan Grand Slam sulungnya.
-- BERNAMA
#Carlos Alcaraz #cedera #tenis #Piala Davis
;