Tenis Indian Wells: Halep, Swiatek bertemu dalam separuh akhir

Astro Arena
Mac 17, 2022 12:55 MYT
Aksi Simona Halep selepas menewaskan Petra Martic dalam Kejohanan Tenis Terbuka di Indian Wells, California, 16 Mac 2022. (Foto AP)
BEKAS pemain nombor satu dunia, Simona Halep, tidak memberikan sebarang ruang buat pemain bukan pilihan, Petra Martic, sebelum menang 6-1, 6-1 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells hari ini.
Halep berjaya melakukan 75 peratus servis pertama dan memenangi 82 peratus mata daripadanya (27/33).
Martic juga berhasil melakukan 69 peratus daripada servis pertamanya tetapi hanya 36 peratus daripadanya memberikan mata (8/22).
Selepas memenangi game pertama ketika servis di tangannya, Martic kemudian membenarkan Halep memenangi enam game berturut-turut yang turut dibantu tiga faul berganda yang dilakukannya.

Third semifinal of 2022 Fourth semifinal at #IndianWells @Simona_Halep powers past Martic in a dominating performance, 6-1, 6-1! pic.twitter.com/bSqN87mpzO

— wta (@WTA) March 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kemenangan itu, Halep akan bertemu pemain pilihan ketiga, Iga Swiatek, bagi perebutan ke final.
Swiatek hanya memerlukan tempoh kurang sejam untuk menyingkirkan pemain Amerika Syarikat, Madison Keys, 6-1, 6-1.
Dalam aksi itu, Swiatek memperoleh mata daripada 71 peratus servisnya (32/45) dan apa yang lebih menarik, dia turut memperoleh mata daripada dua pertiga pukulan balasnya (24/36).

EN FUEGO @iga_swiatek drops just 1 game to Keys to secure her place in the #IndianWells semifinals for the first time! pic.twitter.com/HejLPG3upb

— wta (@WTA) March 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Simona Halep #Petra Martic #Tenis Terbuka Indian Wells #Iga Swiatek
;