Tenis ATP Paris Masters: Pemain Rusia kalahkan Djokovic di final
Astro Awani
November 4, 2018 07:39 MYT
November 4, 2018 07:39 MYT
PEMAIN Rusia Karen Khachanov mengejutkan bakal pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dalam final Kejohanan ATP Paris Masters pada Ahad.
Khachanov menundukkan pemain Serbia itu untuk menang gelaran Masters pertamanya.
Khachanov mencatat keputusan 7-5, 6-4 dalam tempoh 1 jam 37 minit.
Ia turut meleburkan rekod 22 perlawanan tanpa kalah Djokovic.
Khachanov, yang merupakan pemain ke-18 dunia, bakal meningkat ke tangga 11 ranking dunia.
Bagaimanapun, kekalahan ini tidak mengubah kedudukan Djokovic selaku pemain tenis nombor satu dunia.