Ten Hag salahkan pemain selepas tewas kepada Brighton

Sinar Harian
Ogos 25, 2024 12:00 MYT
Erik ten Hag menyalahkan pemain pertahanan selepas kekalahan 1-2 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu. - Gambar fail/ Reuters
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyalahkan pemain pertahanan selepas kekalahan 1-2 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
United berpeluang untuk membawa pulang satu mata apabila rembatan Amad Diallo pada minit ke-60 membatalkan gol awal Brighton yang dijaringkan Danny Welbeck.
Tetapi penyerang Brazil, Pedro yang tidak dikawal mudah menanduk masuk gol untuk meraih tiga mata penting di laman sendiri.
United telah berbelanja besar pada jendela perpindahan untuk mengukuhkan pertahanan mereka dengan pembelian Noussair Mazraoui, Matthijs de Ligt dan Leny Yoro.
De Ligt adalah salah seorang pemain pertahanan yang dipersalahkan selain Scott McTominay yang hanya mampu melihat hantaran silang Simon Adigra sebelum bola disambar Pedro.
"Jika anda melepaskan gol seperti yang kami lakukan maka anda kehilangan mata.
"Kami melepaskan dua gol mudah dan kami harus bertindak lebih baik sebagai satu pasukan. Kita harus lebih peka dalam saat-saat seperti itu," katanya. - Sinar Harian/ Agensi
#Manchester United #Erik ten Hag #Brighton #keputusan perlawanan