Ten Hag buntu benteng Manchester United lemau

Astro Arena
September 23, 2023 09:40 MYT
Ten Hag berkata, beliau akan cuba meneliti dan mencari penyelesaian terhadap punca prestasi buruk pemain Manchester United dan akan cuba memotivasikan mereka. - Foto Astro ARENA
ERIK ten Hag mengakui buntu untuk menjelaskan prestasi buruk di bahagian pertahanan Manchester United.
The Red Devils telah dibolosi 14 gol dalam lima perlawanan terakhir dan 10 dalam tiga perlawanan terakhir, dengan dibolosi tiga jaringan ketika berdepan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara (UCL) di pertengahan minggu ini.
Pengurus United itu berkata: “Kami pernah membuktikan bahawa kami mampu melakukannya kerana tahun lalu kami mempunyai rekod kebal tertinggi dalam EPL kerana kami bertahan dengan sangat baik sebagai sebuah pasukan, jadi kami perlu kembali ke tahap itu.
“Sudah tentu saya menekan pasukan dan meletakkan jangkaan tinggi terhadap pasukan dari awal musim lagi, namun mereka adalah manusia, bukannya robot,
"Jadi saya cuba meneliti dan mencari penyelesaian terhadap punca mengapa mereka tidak dapat melakukannya dan saya akan cuba memotivasikan pemain.
“Apabila berdepan detik seperti ini, sebagai pengurus kami sentiasa bertanyakan diri sendiri tentang soalan ini. Tugas saya ialah memastikan mereka melaksanakannya.”

Back on the training pitch in Munich. #MUFC pic.twitter.com/sfEDm0lUww

— Manchester United (@ManUtd) September 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengenai kecenderungan United untuk melepaskan gol sejurus selepas rehat, Ten Hag menambah: “Kami tidak bimbang tetapi kami menyedarinya.
"Sudah tentu kami tidak boleh menutup mata atas perkara seperti ini jadi kami melatih pemain, melatih pasukan dalam mengenai.”
#Manchester United #Erik ten Hag #EPL #prestasi buruk
;