Teka-teki siapa ketua pengarah MSN baru bakal terjawab - Khairy

Astro Arena
Disember 9, 2014 01:48 MYT
Menariknya sesi temuduga ini, Khairy sendiri akan mengetuai panel temuduga dan calon yang dipilih pasti benar-benar yang menepati kehendak Menteri Belia dan Sukan itu. - Gambar Fail
Teka-teki siapa akan mengisi jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baru hampir terjawab selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sahkan lima calon akan ditemuduga minggu hadapan.
Seorang calon dari luar negara itu, bagaimanapun tidak didedahkan identitinya.
Sebelum ini, tiga calon dari Institusi Sukan Australia (AIS) menjadi sebutan sebagai antara 43 calon yang berminat mengisi jawatan ketua pengarah MSN.
Menariknya sesi temuduga ini, Khairy sendiri akan mengetuai panel temuduga dan calon yang dipilih pasti benar-benar yang menepati kehendak Menteri Belia dan Sukan itu.
Jawatan Ketua Pengarah MSN diiklan 4 november lalu dan permohonnya sudah ditutup 24 november.
#Institusi Sukan Australia #Ketua Pengarah #Khairy Jamaluddin #Majlis Sukan Negara #Menteri Belia dan Sukan