Tebas yakin Mbappe akan sertai Real Madrid
Astro Arena
Februari 18, 2022 10:19 MYT
Februari 18, 2022 10:19 MYT
PRESIDEN LaLiga, Javier Tebas, percaya bintang Paris Saint-Jerman, Kylian Mbappe, akan menyertai Real Madrid penghujung musim ini.
Mbappe -- yang menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Rabu lalu -- bakal tamat kontrak pada penghujung kempen semasa dan telah dikaitkan kuat dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu.
Pemenang Piala Dunia itu mempunyai 22 gol dan 13 bantuan dalam 32 perlawanan dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini dan berkata selepas kemenangan 1-0 menentang Madrid bahawa dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya, dengan kelab Paris itu dilaporkan bersedia untuk menjadikannya pemain paling termahal dunia.
Bagaimanapun, bercakap kepada Europa Press, Tebas menyatakan keyakinannya bahawa Mbappe akan bermain bola sepaknya di LaLiga mulai musim depan, mungkin bersama penyerang Borussia Dortmund Erling Haaland, yang juga dikaitkan dengan Los Blancos.
"Madrid akan mendapatkan Mbappe dan Haaland kerana yang lain [Barcelona dan Juventus] mengalami masalah (dari segi kewangan)," katanya.
"Kedatangan Mbappe adalah berita baik untuk LaLiga. Ia akan menjadi kegembiraan untuk LaLiga. Ia adalah perkara terbaik yang boleh berlaku kepada LaLiga."
Tebas memang mengakui keyakinannya bukan berdasarkan pengetahuan tentang perjanjian yang dibuat, tetapi pemain itu dalam beberapa bulan terakhir kontraknya menunjukkan dia telah memutuskan untuk berpindah.
"Saya tidak mempunyai maklumat mengenai Mbappe," jelasnya.
"Tetapi saya telah melihat beberapa kes pemain yang mempunyai baki enam bulan dalam kontrak mereka yang tidak memperbaharui kontrak mereka dan kemudian menandatangani perjanjian baru bersama kelab asalnya."