Tak sampai 24 jam, video penyamaran Cristiano Ronaldo cecah 20 juta tontonan
Madiha Abdullah
Ogos 5, 2015 08:00 MYT
Ogos 5, 2015 08:00 MYT
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang 'pekena' atau 'prank' yang dilakukan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, awal tahun ini.
Ronaldo, yang biasa disapa CR7, mengenakan pakaian selekeh, lengkap dengan rambut palsu dan jambang, dan berlakon seperti seorang gelandangan (homeless) di tengah-tengah bandar Madrid, Sepanyol.
Semalam, Ronaldo memuat naik video rasmi aktiviti penyamarannya itu di laman Facebook dan ia menerima tontonan lebih 20 juta dalam masa tidak sampai hanya beberapa jam.
Video berdurasi 4 minit itu turut memaparkan Ronaldo bermain bola sepak bersendirian, sebelum bermain berpasangan dengan seorang kanak-kanak lelaki.
Lebih mencuit hati, Ronaldo turut menegur seorang gadis dan meminta nombor telefonnya, namun gadis itu enggan memberikan nombor telefonnya.
Ronaldo akhirnya keluar daripada penyamarannya sebelum menurunkan tandatangan pada bola dan menyerahkan kepada kanak-kanak lelaki yang sudi bermain dengannya itu.