Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ

Sinar Harian
Januari 29, 2023 07:50 MYT
Stadium Shah Alam dijangka siap pada 2026. - Foto Sinar Harian
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.
Sebaliknya Tunku Ismail berkata, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk menyiapkannya.
"SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 bilion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik," katanya dalam satu komen di laman Instagram.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam
Konsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.
BACA: Stadium Shah Alam: Pameran dan sesi libat urus awam mula hari ini
BACA: Penduduk fail permohonan cabar keputusan kerajaan negeri, MB Selangor roboh Stadium Shah Alam
BACA: Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.
Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman. - Sinar Harian
#stadium shah alam #Stadium Sultan Ibrahim #Tunku Ismail #bina stadium baharu
;