Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000

Astro Arena
Jun 28, 2024 11:31 MYT
Jumlah itu diperoleh dalam tempoh kurang daripada 48 jam dan akan terus dibuka sehingga 2 Julai ini.
KERAJAAN Negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima sebanyak RM40,000 sejak kempen Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dilancarkan.
Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohamad Najwan Halimy berkata, jumlah itu diperoleh dalam tempoh kurang daripada 48 jam dan akan terus dibuka sehingga 2 Julai ini.
Terdahulu, pasukan Selangor dikenakan hukuman atas faktor ketidak hadiran skuad mereka ke perlawanan Sumbangsih menentang juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) berikutan tragedi yang menimpa pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Jumlah sumbangan yang telah diterima untuk Tabung Solidariti Bersama Selangor FC sudah melebihi RM40,000 kurang 48jam. Namun tabung masih aktif menerima sumbangan hingga 2 Julai ini. SFC akan menerima terus jumlah sumbangan pada 3 Julai depan.@ASTROARENA pic.twitter.com/Mx9BxtVx2W

— Syifa Nasir (@syfansr) June 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Inisiatif itu bertujuan memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan dukungan kepada Selangor FC dengan sumbangan sekecil RM1 kepada tabung berkenaan.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Tabung Solidariti Bersama Selangor FC #Majlis Sukan Negeri Selangor #Faisal Halim #rakyat Malaysia #Liga Super