T-Team masih perlukan Boateng dan Folan
Astro Awani
Februari 9, 2013 07:06 MYT
Februari 9, 2013 07:06 MYT
Pasukan berstatus kelab, T-Team masih menaruh kepercayaan terhadap keupayaan dua pemain importnya, George Boateng dan Caleb Folan.
Ia berikutan kedua-dua pemain berkenaan masih belum menyerlah selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rasid Jusoh berkata, pihaknya tidak akan terburu-buru untuk menyingkirkan Boateng dan Folan.
Sebaliknya pengurusan pasukan dan barisan kejurulatihan yakin mereka mampu beraksi lebih baik selepas ini.
Boateng, 38 tahun mengalami kecederaan pangkal peha pada awal musim sementara Folan dilanda kecederaan ‘hamstring’.
T-Team selepas ini akan berdepan kelab sensasi selatan, Darul Takzim FC pada 16 Februari ini.
Ketika ini mereka berada di tangga kesembilan liga selepas mengumpul enam mata daripada lima perlawanan.