Sydney Wanderers tumpaskan Newcastle Jets

Astro Awani
Februari 9, 2013 07:13 MYT
Western Sydney Wanderers menewaskan Newcastle Jets 2-1 sekaligus menerajui kedudukan kedua liga.
Beraksi di tempat sendiri, Sydney Wanderers turun memburu mata penuh bagi merapat jurang mata dengan pendahulu liga, Central Coast Mariners.
Namun, tuan rumah bermula hambar apabila hampir ketinggalan pada minit ke-18 menerusi percubaan bekas pemain Liverpool, Emile Heskey.
Tersentak, tuan rumah bangkit memperkemas rentak permainan dan pada minit ke-38 percubaan Mark Bridge diselamatkan Mark Birighitti.
Ketika aksi babak pertama hampir berkesudahan seri tanpa jaringan, Youssouf Hersi tampil cemerlang meledak gol pembukaan untuk tuan rumah di depan 1-0.
Tuan rumah kemudiannya meneruskan momentum pada babak kedua sebelum berjaya menggandakan kelebihan menerusi Mark Bridge, pada minit ke-84.
Bagaimanapun, pelawat enggan mengaku kalah apabila cuba bangkit merapat jurang hasil jaringan Ruben Zadkovich, pada masa kecederaan perlawanan.
Namun, ia sudah terlewat untuk menafikan kemenangan 2-1 memihak Sydney Wanderers, tamat sepenuh masa.
#Central Coast Mariners #Newcastle Jets #Western Sydney Wanderers
;