'Syarat merah jambu' Qu Puteh dorong netizen cipta imej baru TRW

Nizam Bakeri
Januari 2, 2016 19:19 MYT
Syarat stadium merah jambu yang diberikan oleh Qu Puteh mendorong netizen berjenaka dengan imej The Red Warriors yang 'berwarna baru'. - Foto Facebook
Syarat ‘stadium merah jambu’ yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan Kelantan telah disambut meriah oleh netizen yang kreatif.
BACA: Stadium merah jambu: KAFA perlu dapat kebenaran Perbadanan Stadium Kelantan
Pelbagai foto melibatkan imej The Red Warriors telah disunting dengan memasukkan elemen warna merah jambu.
Beberapa pengguna Facebook menggambarkan rupa Stadium Sultan Muhammad IV sekiranya dicat dengan warna merah jambu.

Syarat Pertama sudah dipenuhi .....heheheNext! nama pasukan...

Posted by Komuniti Penyokong The Red Warriors Malaysia on

Syarat - syarat DATO SRI VIDA jika the pamoga red warrior nok di tajo olehnye,pink kaklos Bergurau atau serius ? -pakak semayea jumaat belako ter--1 januari 2016-

Posted by Kelantan Football Association on
Ada netizen tampil dengan suntingan melibatkan logo dan jersi The Red Warriors yang ‘bakal digunakan’ musim hadapan.

Jersey siap dah...tggu stadium pulak nak jadi kaler pink...hehe...niat nak taja pemain kelantan tu dah baik dah tapi...

Posted by Muhammad Badrul Hisham on

Kalau mcm ni ok tak jersi baru Kelantan?Takpun jersi tu bagi kaler pink terus..Bila dah gol buat aksi penaja..Aku tgh...

Posted by Aron Salem on
Beberapa netizen turut menyatakan kesediaan mereka menerima imej merah jambu seperti beberapa pasukan ternama dunia.
Real Madrid misalnya memilih warna berkenaan untuk jersi away bagi musim 2014/2015. Barcelona turut menggayakan warna merah jambu bagi jersi ketiga pasukan tersebut dalam musim yang sama.

APA salahnya team bola Kelantan pakai pink....Barcelona pun pink....

Posted by Wan Norizan Wan Othman on

APA salahnya team bola Kelantan pakai pink....Barcelona pun pink....

Posted by Wan Norizan Wan Othman on
BACA: KAFA perlu lebih RM12 juta bentuk pasukan TRW yang kuat - Annuar Musa
BACA: Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida disaran 'selamatkan' bola sepak Kelantan
BACA: Taja pasukan Kelantan: ‘Doakan kami ada jodoh’ - Datuk Seri Vida
BACA: Annuar Musa mahu penaja TRW runding ikut prosedur, elak salah faham
#datuk vida #Kelantan #Qu Puteh #The Red Warriors #TRW
;