Syafiq Ridhwan rangkul juara boling dunia
Bernama
Disember 2, 2012 17:44 MYT
Disember 2, 2012 17:44 MYT
Peserta Malaysia Syafiq Ridhwan Abdul Malek muncul juara di peringkat akhir stepladder Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF di Poland pada Sabtu.
Pada pertandingan itu di Sky Centre di Wroclaw, Syafiq Ridhwan mengalahkan peserta Amerika Syarikat Kent Marshall dengan mata 236-225 dan 237-221.
Syafiq Ridhwan, 26, sebelum itu menumpaskan pemain Columbia Andres Gomez di separuh akhir dengan mata 234-236, 224-201 dan 258-213.
Johan kebangsaan itu merasih tempat di suku akhir selepas menyelesaikan perlawanan di tempat kelima dengan jatuhan 6,201 pin pada perlawanan 24 game pada Jumaat.