Swansea tawar kontrak kepada Lampard sebelum bersara
Astro Arena
Februari 3, 2017 09:35 MYT
Februari 3, 2017 09:35 MYT
SWANSEA CITY telah menawarkan kontrak kepada Frank Lampard sebelum pemain itu mengumumkan persaraan.
Pengendali, Paul Clement, yang pernah berkerjasama dengan Lampard ketika di Chelsea, mengesahkan bahawa telah menawarkan kontrak kepada pemain berusia 38 tahun itu.
Meskipun mendapat beberapa tawaran lain di Liga Perdana Inggeris, Lampard memilih untuk bersara pada Khamis.
Clement memuji pencapaian di raih bekas bintang England itu selepas dia mengumumkan persaraan.
"Saya akan berasa gembira jika kami memilikinya," Clement memberitahu media.
"Saya akan menipu jika saya tidak mengakui bahawa kami cuba mendekatinya namun kami sedar bahawa dia tekad bersara.
"Saya sangat menghormati keputusannya. Kami berbual sebentar dan dia juga menghargai tawaran kami. Saya tidak mengatakan bahawa dia hampir sertai kami tetapi sudah tentu ia satu penghormatan jika memilikinya.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepadanya."
Bercakap menjelang aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Manchester City hujung minggu ini, Clement menambah:"Saya berpeluang berkerjasama dengannya selama dua tahun setengah di Chelsea.
"Saya mengenalinya lebih awal kerana saya terlibat dalam pembangunan pemain muda. Kami sentiasa menghubungi antara satu sama lain sehingga kini.
"Dia seorang pemain yang hebat dan merupakan seorang pemain tengah yang terbaik terutamanya dalam menjaringkan gol.
"Meledak 20 gol dalam satu musim bersama Chelsea merupakan satu pencapaian menakjubkan."
Meskipun beraksi selaku pemain tengah, Lampard memegang rekod penjaring terbanyak di Stamford Bridge dengan 212 gol.