Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun

Astro Arena
September 24, 2022 08:34 MYT
Pemain Terengganu bersorak sambil menunjukkan pingat emas yang dimenangi selepas menewaskan Pulau Pinang pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
TERENGGANU 2 PULAU PINANG 0
Terengganu mengakhiri penantian 12 tahun untuk kembali mengungguli bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) malam tadi.
Terengganu yang berwaspada dengan ancaman Pulau Pinang di sebalik status 'underdog', dipaksa menyerap asakan skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli.
Namun, jaringan Safuwan Mazlan pada minit ke-24 menyentak semangat lawan untuk mula selesa mengatur permainan.
Kedua-dua pasukan gagal mencuri kesempatan ketika beroleh beberapa peluang menarik tetapi Terengganu nyata lebih berbahaya menerusi larian deras Aqil Idham Bahari.
Selepas dikecewakan dengan sentuhan terakhirnya, Aqil Idham kemudian menebus kehampaan itu biarpun percubaan awalnya di penghujung permainan diselamatkan penjaga gol, Azam Ramli.
Tetapi bola muntah itu menuju deras ke rakan sepasukan, Aidil Azuan, sebelum melantun masuk ke dalam gawang.
#Sukma MSN #terengganu #pulau pinang #bola sepak
;