Sukar untuk gabungkan Sukan Para dan Sukan SEA - MOM

Astro Arena
Mac 19, 2016 20:00 MYT
BENG CHOO: Ia memerlukan persetujuan daripada majoriti negara-negara yang bertanding.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berpendapat cadangan menggabungkan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tahun depan merupakan satu tugas yang dianggap mustahil.
Ahli Gabungan SEAGF menyifatkan cadangan Malaysia untuk menggabungkan kedua-dua temasya itu sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memanjangkan tempoh pertandingan dan menyukarkan tugas pegawai bertauliah.
Antara yang terawal menyuarakan rasa tidak setuju ialah Timor Leste kerana mereka tidak berada dalam senarai negara ASEAN namun tetap dibenarkan bertanding dalam Sukan SEA.
"Ini bukan satu perkara dimana Malaysia boleh mengubah keputusan dengan begitu senang kerana ia membabitkan 11 negara lain yang turut terlibat dalam perkara ini.
"Boleh dipertimbangkan tetapi ia juga memerlukan persetujuan daripada majoriti negara-negara yang bertanding," kata Beng Choo,
Cadangan itu disuarakan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasaruddin SM Nasimuddin dengan harapan Sukan Para ASEAN dapat berkongsi kemeriahan Sukan SEA.
Ia turt mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Penggabungan kedua-dua temasya tidak pernah dilakukan tuan rumah Sukan SEA.
"Cadangan itu amat baik kerana persediaan sudah dilakukan dan kemudahan juga telah disediakan.
“Jadi, kita cuma perlu ambil masa untuk membuat penyesuaian dari segi stadium, pengangkutan dan penginapan supaya para atlet lebih selesa," tambahnya.
Jika berjaya, Sukan Para ASEAN bakal mendapat lebih banyak keuntungan kerana temasya itu diangkat seperti Sukan SEA.
#Low Beng Choo #Majlis Olimpik Malaysia #Sukan Para ASEAN #Sukan SEA
;