Sukar buat atlet Malaysia pertahan gelaran Mr Asia dan Universe

Astro Arena
Julai 18, 2016 18:07 MYT
Sazali masih menjalani penggantungan empat tahun ekoran positif doping, bermula tahun lalu. - Gambar fail
JAGUH bina badan negara, Sazali Samad, menganggap tiada atlet kebangsaan ketika ini yang mampu mempertahankan gelaran Mr Asia dan Mr Universe miliknya selepas dia digantung empat tahun ekoran positif doping.
Reputasi skuad bina badan merosot sejak Sazali digantung, tahun lalu.
Tiada berita kejayaan, apatah lagi acara itu tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Menjelang Mr Asia di Bhutan 2 September depan, Sazali menyifatkan tiada atlet negara yang akan hadir sebagai pilihan utama muncul juara.
"Pada pendapat saya, sukar untuk melihat atlet bina badan Malaysia mampu bersaing dengan ketebalan otot yang masih kurang," katanya.
Skuad negara akan diwakili lapan atlet di Bhutan, diketuai Shahrul Azman Mahen Abdullah selaku Mr Asia kategori body klasik tahun lalu.
Dia juga muncul naib juara Mr Universe kategori sama.
Sazali masih menjalani penggantungan empat tahun ekoran positif doping, bermula tahun lalu.
Dia sedang merayu untuk mengurangkan hukuman memandangkan usianya sudah mencecah 49 tahun.
#atlet Malaysia #doping #jaguh bina badan #mr universe #penggantungan #Sazali Samad
;