Sukan SEA: Wushu hadiah emas kelima negara
Bernama
Disember 2, 2019 10:50 MYT
Disember 2, 2019 10:50 MYT
Atlet wushu negara, Loh Choon How unggul menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia, pada hari kedua wushu dipertandingkan di World Trade Center di sini, hari ini.
Gerakan tangkas dipamer atlet berusia 26 tahun itu nyata memukau barisan juri untuk beliau mengesahkan pingat emas dengan mengumpul 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki.
Emas kelima disumbangkan itu sekali gus adalah pingat emas kedua peribadinya, yang sebelum ini menyumbang emas sulung negara dalam acara taijiquan lelaki, semalam.
Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Jones Llabres Inso yang mengumpul 9.65 mata.
Sementara wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 9.60 mata.
-- BERNAMA
#atlet
#Loh Choon How
#Malaysia
#pingat emas
#pingat emas kedua
#pingat emas kelima
#Sukan SEA
#taijijian lelaki
#taijiquan lelaki
#wushu