Sukan SEA Vietnam: Taqiyuddin, Sazzlan pertahan emas acara silat ganda putra
Astro Awani
Mei 11, 2022 13:54 MYT
Mei 11, 2022 13:54 MYT
HANOI: Skuad silat negara terus mengharumkan nama Malaysia apabila Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga menghasilkan emas pertama dalam acara silat ganda putra di Pusat Sukan Bac Tu Leim, sebentar tadi.
Taqiyuddin-Sazzlan mengutip 9.950 mata untuk mengatasi pencabar dari Singapura, Hazim Zaque-Haziq Zaque, dengan jurang 0.045 mata.
Lebih manis, kedua-dua mereka mempertahankan pingat emas tersebut, selepas memenanginya di Sukan SEA Filipina pada 2019.
Ia juga merupakan hatrik emas buat Taqiyuddin yang turut mengungguli acara serupa ketika bergandingan dengan Rosli Sharif dalam edisi 2017.