Sukan SEA: Skuad polo mahu bangkit
Astro Arena
Mei 30, 2015 22:21 MYT
Mei 30, 2015 22:21 MYT
Dua tahun lalu Malaysia sekadar mencatat satu kemenangan, ke atas pasukan tercorot Myanmar. Namun tewas kepada Singapura, Thailand dan Indonesia untuk menduduki tangga tercorot.
Menurut kapten polo air negara, Chiew Chern Kwang, pengalaman dua tahun lalu telah mematangkan rakan sepasukannya untuk bangkit pada edisi kali ini.
"Kami adalah pasukan 'underdog'. Pasukan ini masih muda dengan purata usia pemain dalam pasukan ini dibawah 20 tahun.
"Masalah kami ketika ini ialah pasukan lain memiliki pengalaman yang lebih luas dan kami masih mentah," katanya.
Chern Kwang berharap meraih pingat gangsa bagi memadam label sebagai pasukan belasahan.
"Selepas kekalahan Sukan SEA yang lalu, kami kembali dan berikrar untuk melakukannya dengan baik pada kali ini.
"Kami sudah berlatih selama dua tahun. Enam bulan yang lalu yang menjalani latihan intensif dan berharap mampu melakukannya dengan lebih baik kali ini.
"sudah tentu kami mahu melakukannya selangkah demi selangkah dengan mensasarkan pingat gangsa."