KUALA LUMPUR: Sasaran bagi kontinjen Malaysia berada dalam kelompok tiga terbaik pada Sukan SEA Hanoi bulan depan, akan dibincangkan dengan lebih mendalam sebelum pengumuman rasmi dibuat dalam masa terdekat.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya akan berbincang bersama Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad dan Majlis Sukan Negara bagi memutuskan sama ada sasaran itu realistik atau sebaliknya.
Mohamad Norza secara peribadi berpendapat beliau tidak mahu meletakkan tekanan kepada atlet untuk mencapai sasaran tersebut memandangkan kebanyakan mereka dilihat bergelut dengan prestasi semasa susulan pandemik COVID-19.
"Dua tahun kebanyakan mereka tiada pertandingan malah kami di peringkat jawatankuasa pemilihan (Sukan SEA) Hanoi berdepan kesukaran mengenal pasti catatan peribadi terbaik mereka dalam dua tahun lepas.
"Disebabkan itu kami panjangkan ke tahun 2018 untuk kenal pasti catatan peribadi terbaik bagi mengukur kemampuan selain memberi peluang kepada atlet menjadikan Sukan SEA Hanoi sebagai permulaan untuk memperbaiki prestasi sebelum bertanding pada Sukan Komanwel atau Sukan Asia nanti," katanya.
Mohamad Norza berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen Malaysia 2022 di sini, semalam.
Sebelum ini, Nur Azmi meletakkan sasaran bagi Malaysia untuk berada dalam kelompok tiga teratas dari segi jumlah pungutan pingat pada temasya dwitahunan di Vietnam kelak.
Mohamad Norza pada masa sama menjangkakan sasaran kedudukan Malaysia serta jumlah pungutan pingat akan diumumkan pada majlis penyerahan Jalur Gemilang dan berbuka puasa bersama kontinjen negara minggu ini.
Ditanya mengenai sukan mana yang bakal menjadi lubuk emas buat negara di Vietnam, beliau berkata sukan terjun sememangnya diramal untuk meneruskan kecemerlangan mereka di Sukan SEA memandangkan tahap atlet negara yang jauh lebih baik tinggi berbanding pencabar mereka dari negara lain.
Penerjun negara dijangka menyapu bersih semua lapan pingat emas ditawarkan dalam Sukan SEA Hanoi.
Acara terjun dijadual bermula lebih awal iaitu 8 hingga 11 Mei sebelum edisi ke-31 temasya sukan itu bermula secara rasmi pada 12 hingga 23 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022

Mohamad Norza secara peribadi berpendapat beliau tidak mahu meletakkan tekanan kepada atlet untuk mencapai sasaran tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.