Sukan SEA: Pesilat didakwa dikasari, Malaysia tidak boleh berdiam diri - Syed Saddiq

Faris Danial Razi
Disember 4, 2019 13:30 MYT
Muhammad Faizul mengalami kecederaan di bahagian muka ketika berdepan pesilat tuan rumah pada pusingan kedua KelasPutra B (50-55kg) acara pencak silat Sukan SEA ke-30 di Filipina, 3 Dis, 2019. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh berdiam diri ekoran kejadian yang menimpa pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir pada pusingan awal Kelas Putra B, di Sukan SEA 2019 pada Selasa.
Faizul yang merupakan Ketua Pasukan Silat temasya kali ini dilihat terbaring lebih tiga minit tanpa mendapat bantuan perubatan ketika wasit sedang mengira mata, sebelum mengumumkan kemenangan 5-0 untuk peserta tuan rumah, Dines Dumaan.
Susulan kejadian itu, pesilat elit negara itu mengalami kecederaan di bahagian muka sehingga tidak sedarkan diri.
Insiden itu terus menimbulkan pelbagai kecaman daripada netizen di media sosial susulan sekretariat pertandingan didakwa bertindak lewat untuk memberikan bantuan perubatan segera.
Mereka juga menganggap ia sesuatu yang tidak adil dan tindakan perlu diambil secepat mungkin terhadap pesilat Filipina itu, yang juga didakwa berkelakuan kasar terhadap Faizul.
Faizul yang juga pesilat pertama turun ke gelanggang Sukan SEA menerima rawatan di Pusat Perubatan Clark City dan masih perlu dipantau rapi walaupun sudah dalam keadaan stabil.
Syed Saddiq juga menambah, beliau sudah mengarahkan kementeriannya agar mengambil tindakan dan menghantar nota protes berhubung kejadian itu.

Malaysia tidak boleh berdiam diri. Saya telah arahkan pihak Malaysia untuk ambil tindakan dan hantar nota protest. I know youve tried your best Faizul. Malaysia is proud of you https://t.co/porim2MFDN

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau yang membuat kenyataan tersebut menerusi laman Twitter turut memuji semangat juang yang ditampilkan oleh Faizul,
I know you’ve tried your best Faizul. Malaysia is proud of you.”
BACA: Sukan SEA: Faizul sebak, kesal tidak dapat bawa pulang emas - Steven Sim
BACA: Kecederaan pesilat negara, Faizul beri impak kepada pesilat lain - CDM
Pada masa sama, Syed Saddiq memaklumkan, insentif berjumlah RM20,000 akan diberikan kepada atlet pemenang pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2019.
Terkini, kontinjen Malaysia sudah mengutip pingat emas yang ke-19 selepas skuad boling padang negara menewaskan Brunei 24-6 dalam acara berempat lelaki pada pagi Rabu.
#cedera #dikasari #Filipina #media sosial #Muhammad Faizul M Nasir #nota protes #pengadil #pesilat #protes #sukan #Sukan SEA #Syed Saddiq Syed Abd Rahman #wasit
;