Sukan SEA: Meski tewas, sokongan masih teguh di belakang Harimau Muda

Aizat Sharif
Disember 20, 2013 12:45 MYT
Rata-rata pengguna media sosial seperti Twitter dan Facebook terus berdiri teguh menyokong skuad bolasepak Malaysia bawah 23 tahun meskipun mereka gagal dalam usaha mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak apabila tewas kepada pasukan Indonesia ddalam Sukan SEA Myanmar semalam.
Dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1 pada 90 minit itu terpaksa berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.
Namun, dalam penentuan sepakan penalti itu, pasukan negara tewas 3-4 yang menyaksikan dua sepakan penalti awal dari penjaring gol penyamaan, A.Thamil Arasu dan Shahrul Mohd Saad berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Indonesia, Kurnia Meiga.
Melalui #MalaysiaVsIndonesia, mereka menyifatkan bahawa perlawanan yang berlangsung semalam juga bagaikan ulangan perlawanan akhir Sukan SEA 2011 di Palembang yang menggunakan skrip yang sama, pasukan yang sama namun keputusan pengakhirannya yang berlainan.
Ada yang merasakan bahawa ketiadaan pemain 'playmaker' negara, Nazmi Faiz yang hanya dimasukkan pada pertengahan permainan sedikit sebanyak merencatkan perancangan pasukan negara untuk mencari gol.
Mereka masih tetap mengharapkan sekurang-kurangnya Malaysia mampu membawa pulang pingat gangsa ketika perlawanan penentuan pingat gangsa dengan pasukan Singapura esok.
Berikut antara 'Tweet' luahan-luahan kekecewaan dan laungan-laungan semangat terhadap perjuangan pasukan Harimau Muda di Sukan SEA 2013.

I'm support, Malaysia, Never get bored, Standing together fight enemy, Kind but dangerous, Brave like hero, Nw#Malaysia vs Indonesia

— ◢◤ (@IsNxvans_) December 19, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malaysia vs. indonesia WE NEED NAZMI FAIZ MANSOR IN THIS GAME !

— ©`AJ€₩¤£ (阿正如了)®。 (@AzruLSyazmeiL1) December 19, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

the referee of football match malaysia vs indonesia is a korean and he's being so unfair to harimau malaya team i-

— niel (@wuyifarns) December 19, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Just not Malaysia luck! Teardrops everywhere.. Malaysia vs Indonesia #SEAGames2013

— Doris Chan (@chandorisss) December 19, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So, forget about the past. Now, we still have chance to grab a bronze medal. Good luck! #Malaysia vs Indonesia.

— Tana Balan ♛ (@AppleStun21) December 19, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

NowWatching Malaysia vs Indonesia Ulangan Hehe Nevermind ! Mnang & Kalah Adat Permainan ! @MdRozaimi @IzhamTarmizi ! Proud To be Malaysian

— ☆Roz▲imi▲bdR▲hm▲n☆11 (@Nurinxxx_) December 19, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Indonesia #Malaysia #Ong Kim Swee #Sukan SEA
;