Sukan SEA: Malaysia raih pingat emas dan perak dalam acara jianshu lelaki

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 20, 2017 10:41 MYT
Wai Kin (kanan) membuat kejutan apabila menewaskan rakan sepasukan yang juga juara dunia, Weng Son (kiri) yang meraih pingat perak dengan mata 9.65. - Foto Team MAS
Atlet Malaysia Yeap Wai Kin sumbang pingat emas kelapan negara pada acara Wushu (Jianshu) Lelaki akhir dengan kutipan mata 9.67 pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.
Dia membuat kejutan apabila menewaskan rakan sepasukan yang juga juara dunia, Wong Weng Son yang meraih pingat perak dengan mata 9.65.
Gangsa dimenangi oleh atlet Singapura, Fung Jin Jie.
Sementara itu, bagi acara Jianshu Wanita pula, atlet negara Phoon Eyin meraih pingat perak dengan mencatat 9.63 mata.
#jianshu #KL2017 #Sukan SEA #wushu
;