Sukan SEA: Kriket wanita teruskan langkah cemerlang di Kemboja
Bernama
April 30, 2023 18:35 MYT
April 30, 2023 18:35 MYT
KUALA LUMPUR: Skuad kriket wanita negara terus mengorak langkah cemerlang apabila berjaya menumpaskan Myanmar dengan mencatatkan empat wiket dalam aksi pembukaan Kumpulan A saingan 50-overs pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.
Aksi yang berlangsung di A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu menyaksikan Malaysia mencatat 123 larian dan enam wiket dalam 35.3-overs, manakala Myanmar hanya melakukan 122 larian dalam 44.5-overs.
Malaysia seterusnya akan bertemu Thailand pada 8 Mei ini bagi melakukan perhitungan pusingan kedua.
Semalam, skuad kriket wanita negara memulakan kempen acara Ten10 (T10) dengan langkah kanan apabila mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan.
Sukan SEA 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei dan berakhir 17 Mei ini.
-- BERNAMA