Sukan SEA Kemboja: Khiew Hoe Yean butir pingat emas pertama skuad renang negara
Astro Arena
Mei 9, 2023 23:09 MYT
Mei 9, 2023 23:09 MYT
Khiew Hoe Yean membutirkan pingat emas pertama skuad renang negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh sebentar tadi.
Perenang berusia 20 tahun itu melakukan catatan masa 1:48.91s untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Hanoi tahun lalu.
Wakil Thailand, Dulyarit Kaewsriyong, memenangi gangsa dengan catatan 1:49.29s meninggalkan atlet Vietnam, Nguyen Huy Hoang (1:49.31s), di tempat ketiga.
Kejayaannya itu menyaksikan kontinjen negara kini mengumpulkan 14 emas setakat ini.