Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Astro Arena
Februari 3, 2023 10:30 MYT
Februari 3, 2023 10:30 MYT
SETIAUSAHA Persekutuan Gimnastik Malaysia, Afrita Ariany Nasril, mendedahkan Sukan SEA di Kemboja Mei depan hanya mempertandingkan artistik lelaki.
Ia secara langsung memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.
"Temasya kali ini hanya ada satu acara untuk kami iaitu artistik lelaki walaupun sebenarnya pertandingan aerobik turut diadakan.
"Tapi kami belum ada lagi wakil negara untuk acara itu sebaliknya kami ada peserta untuk Sukan SEA.
"Edisi ini mempertaruhkan lapan pingat dan setakat ini hanya Mohd Sharul Aimy, Ng Chun Chen dan Luqman Al Hafiz Zulfa yang merupakan penyertaan kedua.
"Kejohanan di Vietnam yang lalu merupakan tahun pertama mereka dalam pasukan senior, malah Sharul pernah beraksi dalam Sukan Komanwel (Birmingham) jadi saya harap mereka mampu meraih pencapaian yang lebih baik pula.
"Kami mempunyai potensi dalam pemburuan pingat tapi kami perlu berdepan peserta Filipina, Carlos, yang menyertai semua apparatus," katanya di Nadi Arena malam tadi.