Sukan SEA: Karate terus cemerlang, raih dua lagi emas buat negara
Astro Arena
Mei 7, 2023 16:57 MYT
Mei 7, 2023 16:57 MYT
SKUAD karate negara terus cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 di Changvar Convention Centre, Phnom Penh hari ini.
Selepas memperoleh dua pingat emas menerusi C. Shahmalarani (Kumite B-50 kg wanita) dan S. Prem Kumar (Kumite B-55 kg lelaki) semalam, H. Sureeya Sankar membutirkan pingat emas ketiga kontinjen negara dalam acara Kumite B-60 kg hari ini.
Sureeya Sankar mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Hanoi, Vietnam tahun lalu dengan menewaskan lawan dari Indonesia, Ari Saputra, 13-5.
Turut cemerlang mempertahankan pingat emas adalah jaguh negara, R. Sharmendran.
Sharmendran meungungguli aksi final Kumite B-75 kg dengan mengatasi peserta tuan rumah, Phanith Sot, 6-5.
Kejayaan itu menyaksikan Sharmendran memenangi pingat emas acara berkenaan dalam empat edisi Sukan SEA berturut-turut sejak Kuala Lumpur 2017. -- Stadium Astro