Sukan SEA: Joshua mahu raih emas di Vietnam

Astro Arena
Oktober 17, 2021 06:56 MYT
MENJELANG penetapan tarikh Sukan SEA Vietnam, atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I Jie, berharap ada kata putus dalam Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA hari ini.
Menerusi temubual bersama Astro Arena, Syakirah Zulkifly, Joshua berpandangan temasya dwitahunan kali ke-32 itu penting buatnya untuk mengulangi pencapaian pingat emas dalam Sukan SEA Indonesia 2011 lalu.
"Saya berharap Sukan SEA tidak akan ditunda kerana ia memberikan peluang untuk bertanding buat saya serta barisan atlet muda meraih pengalaman," kata Joshua.
"Saya mahu memastikan kembali ke pentas Sukan SEA dan meraih pingat emas di Vietnam nanti."
#Joshua Koh I Jie #Sukan SEA Vietnam #pingat emas #atlet lawan pedang
;