Sukan SEA Hanoi: Syafiq sumbang emas kelapan negara
Astro Awani
Mei 11, 2022 17:32 MYT
Mei 11, 2022 17:32 MYT
HANOI: Atlet terjun kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh, menyumbangkan pingat emas kelapan negara di Sukan SEA apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal individu, sebentar tadi.
Muhammad Syafiq mengumpul 381.35 mata, mengatasi rakan senegara, Gabriel Gilbert Daim dengan 357.30 mata, untuk memenangi pingat perak.
Syafiq yang pernah meraih emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai Pui Yee di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan perak di Sukan SEA Filipina 2019 (3m papan anjal individu).
Malaysia kini mengungguli kutipan pingat, dengan lapan pingat emas , tujuh daripadanya adalah menerusi acara terjun, manakala satu dari acara silat.