Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara

Umavathi Ramayah
Mei 19, 2022 17:18 MYT
Koi Sie Yan dan Ng Joe Eee masing-masing menyumbangkan pingat emas dan perak buat kontinjen Malaysia. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Dua lagi atlet negara hari ini menghadiahkan pingat dengan mendominasi pentas gimnastik berirama pada Sukan SEA Hanoi.
Koi Sie Yan dan Ng Joe Eee masing-masing menyumbangkan pingat emas dan perak buat kontinjen Malaysia.
Sie Yan merekodkan catatan keseluruhan 109.10 manakala Joe Ee (104.90).
Sementara itu, peserta dari Filipina, Labana Breanna berpuas hati dengan gangsa melalui catatan 96.95.
Sehingga kini, kontinjen negara sudah mengumpul 30 pingat emas keseluruhan.

#Hanoi2021 | #GymnasticRhythmic Koi Sie Yan dan Ng Joe Ee masing-masing menghadiahkan pingat Emas dan Perak buat Malaysia ! Dominasi lengkap daripada dua atlet negara hari ini. #SEAGames2021 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/CBrkitcyV4

— Team Malaysia (@TeamMsia) May 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gimnastik #Sukan SEA Hanoi #Koi Sie Yan #Ng Joe Ee
;