Sukan SEA Hanoi: Sharmendran merintis perit demi hatrik emas kumite

Astro Arena
Mei 19, 2022 17:40 MYT
R. Sharmendran mempertaruhkan segala pengalamannya untuk melakar hatrik pingat emas.- Stadium Astro
R. SHARMENDRAN mempertaruhkan segala pengalamannya untuk melakar hatrik pingat emas apabila membantu kontinjen karate negara terus menguasai acara kumite B-75kg lelaki Sukan SEA Hanoi, di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, sebentar tadi.
Dia terpaksa berehat lama akibat kecederaan lutut dan hanya mula membuat persediaan sejak Februari lalu dalam usaha mempertahankan reputasinya sejak temasya Kuala Lumpur 2017.
Begitupun, jaguh negara itu merintis segala kemungkinan untuk menamatkan pertarungan tiga minit dengan mengatasi Joshua Ignatius Kandou dari Indonesia untuk dinobatkan juara.
Dia membuka mata terlebih dahulu dan selepas lawannya mengikat kedudukan 1-1, atlet berusia 30 tahun itu agresif mengatur serangan untuk memungut dua mata kemenangannya.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#r sharmendran #rangkul emas #Sukan SEA #Hanoi #karate #acara kumite
;