Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Astro Arena
Mei 19, 2022 16:01 MYT
Mei 19, 2022 16:01 MYT
HANOI: Malaysia kembali mendominasi acara memanah Compound Berpasukan Campuran selepas Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh menambah pungutan pingat emas Sukan SEA Hanoi buat negara, sebentar tadi.
Selepas Malaysia sekadar meraih gangsa dalam edisi di Manila, tiga tahun lalu, Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.
Mereka berselisih satu mata sahaja dengan pencabar Filipina, Jennifer Dy Chan-Paul Marton Santos Dela Cruz, dalam perlawanan yang berkesudahan 151-150 mata di Pusat Latihan Nasional, Hanoi itu.
Thailand pula mengatasi juara bertahan, Vietnam, 154-153 untuk memungut gangsa.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro